Tuesday, December 28, 2010

JUTAWAN WANITA : Faiza Bawumi Sayed Ahmed (BERAS FAIZA)



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Anda pasti pernah menonton rancangan "Bersamamu TV3" dimana dalam rancangan tersebut, Syarikat Faiza Sdn Bhd menjadi penajanya. Pemilik syarikat ini merupakan seorang wanita yang berasal dari Mesir iaitu Puan Hajah Faiza Bawumi Sayed Ahmed. Sebelum menjadi antara syarikat pemborong beras yg terbesar diMalaysia. Syarikat yg beribu pejabat di Batu Pahat Johor ini hanya beroperasi daripada bisnes runcit yg biasa sahaja.

Permulaan jodoh Puan Hajah Faiza dengan suaminya Hj Abu bakar bermula daripada perkenalan mereka di Mesir ketika suaminya belajar di Mesir dalam bidang Ijazah Sarjana Muda. Setelah berkahwin dan dikurniakan cahaya mata yg pertama, beliau di bawa oleh suaminya untuk berhijrah ke Malaysia.

Tugasan suaminya yg sibuk sebagai seorang kadi membuatkan Puan Hjh Faiza mencari aktiviti berfaedah yg boleh dilakukan bagi mengelakkan masanya terluang begitu sahaja. Dalam masa 3 bulan, Hjh Faiza sudah boleh berbahasa melayu dan mula melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kampung dan kemasyarakatan.

Beliau bermula melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan apabila mula menjahit pakaian kanak-kanak untuk dijual kepada jiran-jiran. Hjh faiza yg mempunyai diploma dalam bidang jahitan mula menjahit safra,set sarung bantal dan cadar bersulam pula. Dengan keuntungan jualan yg ada, beliau mengumpul modal untuk mencari peluang dlm perniagaan yg lain pula.

Setelah berhijrah ke Mersing, Hjh Faiza amat berminat dalam menghasilkan rempah kari yg kebanyakkannya diusahakan oleh peniaga-peniaga India. Beliau mula membeli pelbagai rempah ratus dan mempelajari cara membancuh ramuan rempah ratus tersebut untuk menghasilkan rempah kari ikan dan daging. Beliau bersungguh-sungguh dalam menghasilkan rempah terbaik dengan mendapatkan respon dari rakan-rakan terdekatnya. Pada peringkat permulaan, beliau melakukan semua aktiviti perusahaan ini sendirian daripada proses mencuci,menjemur,dan menggoreng rempah ratus tersebut.

Perusahaan rempah Hjh Faiza semakin popular dengan kepelbagaian produk baru seperti produk rempah kurma,rempah beriyani,rempah sup dan macam-macam lagi. Ia mula dipasarkan di seluruh kedai-kedai runcit dan kawasan felda sekitarnya. Pada peringkat permulaan, Hjh Faiza tidak mempunyai apa-apa label dan jenama pada produk beliau. Ini yg membuatkan orang ramai memberi nama kepada produk rempah beliau sebagai "rempah tok kadi" memandangkan suami beliau yg bertugas sebagai kadi sebelum bertukar kepada jenama "Bunga Raya".

Hjh Faiza kemudian terlibat dalam aktiviti perniagaan kedai runcit disamping masih meneruskan perniagaan rempah beliau. Beliau mula menjadi pengedar gas petronas dan bercadang untuk menjadi pemborong beras pula. Pada tahun 1982, tertubuhnya syarikat Faiza secara rasmi dan beliau memohon lesen pemborong beras dan mula memasarkan beras di sekitar Johor,Melaka dan Kuala Lumpur.

Pada 1992 syarikatnya menjadi Sdn Bhd dan mula menjalankan kerjasama dengan Lembaga Padi Beras Negara dan menjadi ahli dalam Kumpulan Bernas. Kepekaan masyarakat tentang penjagaan kesihatan menimbulkan idea kepada Hjh faiza untuk memperkenalkan "beras Ponni" kepada rakyat Malaysia. Beras Ponni yg dipercayai kurang kandungan kanjinya amat sesuai untuk pesakit kencing manis, darah tinggi dan mereka yg menjaga berat badan.

Beliau bersungguh-sungguh untuk memperkenalkan beras ponni dengan menjalankan kerjasama dengan UPM untuk mengkaji kualiti beras ponni ini. Beliau sanggup membelanjakan jutaan ringgit bagi projek ini berjaya. Beliau kemudiannya memohon hak eksklusif daripada Bernas untuk menjadi pemborong beras ponni. Beliau memasarkannya dengan nama Taj Mahal. Pelbagai produk beras dibawah syarikat Faiza seperti basmathi dan beras wangi mendapat sambutan yg mengalakkan dari masyarakat. Syarikatnya mula berkembang pesat dengan pembinaan kilang beras bersaiz 40,000 kaki persegi dan penggunaan teknologi canggih.

Hajah faiza amat percaya kepada usaha gigih dan keikhlasan dalam berniaga adalah punca kejayaan. Beliau sentiasa mendapat kemurahan rezeki dalam perniagaan. Sebagai tips untuk usahawan-usahawan muslim diluar sana, beliau sering mengamalkan solat tahajud dan solat dhuha setiap hari. Beliau berkongsi doa yg sering diamalkan sewaktu solat dhuha iaitu

"Ya Allah, sesungguhnya dhuha ialah waktumu. Cahayanya adalah cahayamu. Kekuatannya adalah kekuatanmu. Ya Allah, sekiranya rezekiku berada dilangit, turunkanlah. Sekiranya rezekiku berada dibumi, keluarkanlah. Apabila ia jauh, dekatkanlah. Apabila ia dekat, permudahkanlah. Dengan kebenaran Dhuhamu,cahayamu,kekuatanmu dan kesucianmu, berikanlah kepada hamba-hambamu yang soleh. Ya Allah, cucuri rahmat keatas penghulu kami, Nabi Muhammad S.A.W dan keluarga beliau serta para sahabatnya serta kesejahteraannya. Segala Puji bagi Allah yg maha pemurah lagi mengasihani."

Salam Jutawan dari saya

Monday, December 27, 2010

JUTAWAN TAN SRI MUSTAPHA KAMAL ABU BAKAR

Kali ini kita akan mengikuti seorang lagi “tycoon” Malaysia. Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar.
Walaupun kebanyakan projek MK Land Holdings Berhad adalah berkos rendah dan sederhana, ini tidak bermakna projek-projek itu menggadaikan mutu. Projek-projek perumahan MK Land Holdings Berhad lengkap dengan kemudahan yang terkini dan berkualiti.
TAN Sri Mustapha Kamal Abu Bakar adalah Pengerusi Eksekutif, MK Land Holdings Berhad, iaitu syarikat pembangunan hartanah yang ditubuhkan pada 2 Ogos 1978 dan disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) pada 8 Jun 1992.
Asalnya, MK Land Holdings Berhad dikenali sebagai Perfect Food Industries Sdn. Bhd. yang melibatkan diri dalam pembuatan dan penjualan biskut dan bahan makanan melalui kilang mereka di Melaka. Selepas penyenaraiannya di BSKL, ia dikenali sebagai Perfect Food Industries Berhad dan akhir sekali, namanya ditukar kepada MK Land Holdings Berhad pada 27 Ogos 1999.
Jual saham
Namun, pada bulan Jun 2003, MK Land Holdings Berhad menjual semua sahamnya dalam Perfect Food Manufacturing (M) Sdn Bhd, Markins Corporations Sdn Bhd dan Fairway Review Sdn Bhd dengan harga RM6,739,674. Ini adalah kerana Tan Sri Mustapha bercadang mahu menumpukan perniagaan syarikatnya pada pembangunan hartanah dan pelaburan.
Aktiviti lain
Selain pembangunan hartanah, MK Land Holdings Berhad juga melibatkan diri dalam operasi hotel, operasi tempat peranginan, operasi taman tema, perkhidmatan penyelenggaraan harta dan pelaburan.
Antara subsidiari utama MK Land Holdings Berhad adalah Paramoden Sdn. Bhd., Medan Prestasi Sdn. Bhd. dan Saujana Triangle Sdn. Bhd.
Tumpuan MK Land Holdings Berhad
Walaupun kebanyakan projek MK Land Holdings Berhad adalah berkos rendah dan sederhana, ini tidak bermakna projek-projek itu menggadaikan mutu. Projek-projek perumahan MK Land Holdings Berhad lengkap dengan kemudahan yang terkini dan berkualiti.
Antara aspirasi MK Land Holdings Berhad adalah bagi menjadi pendahulu pasaran dalam memberikan produk yang inovatif dan berkualiti di samping mengekalkan khidmat pelanggan yang baik.
Kepentingan lain
Selain pembinaan dan pembangunan hartanah, kumpulan MK juga mempunyai kepentingan dalam sektor pendidikan dan juga pembuatan perabot. Secara langsung, Tan Sri Mustapha mempunyai 23.45 peratus kepentingan dalam MK Land Holdings Berhad dan secara tidak langsung, beliau memiliki 20.68 peratus kepentingan melalui MKN Holdings Sdn. Bhd.
Projek-projek besar MK Land Holdings Berhad
Di bawah kepimpinan Tan Sri Mustapha, MK Land Holdings Berhad melibatkan diri dalam banyak projek. projek perumahan Damansara Perdana dan Damansara Damai, kedua-duanya di Petaling Jaya. Projek itu, dengan lokasinya yang strategik, iaitu dalam Segi tiga Emas Petaling Jaya. Kawasan itu kini muncul sebagai pusat membeli belah, fesyen, makanan dan hiburan dengan pusat membeli belah seperti One Utama, IKEA, Tesco, The Curve dan Cathay Cineleisure.
Selain itu, Taman Bunga Raya di kawasan Bukit Beruntung iaitu bernilai RM840 juta, projek perumahan Cyberia di Cyberjaya, projek Bukit Merah Laketown Resort di Taiping, Perak iaitu bernilai RM3 bilion dan Langkawi Lagoon.
Latar belakang
Tan Sri Mustapha adalah seorang bekas penuntut Universiti Malaya dalam jurusan Sejarah. Sebelum bergiat cergas dalam dunia perniagaan, beliau pernah berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Daerah. Hobinya adalah membaca.
Penumpuan pada gaya hidup canggih
Semua projek perumahan MK Land Holdings Berhad dilengkapkan dengan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi supaya penghuninya menjadi rakyat Malaysia dengan gaya hidup yang memanfaatkan IT atau e-lifestyle township. Bagi mencapai hasrat ini, MK Land Holdings Berhad memeterai perjanjian dengan Palette Multimedia Berhad bagi membekalkan pengurusan dan operasi rangkaian multimedia yang pantas dan juga membekalkan kandungan dan aplikasi multimedia.
Usahawan yang cintakan kebajikan
Tan Sri Mustapha adalah usahawan dermawan dan suka melibatkan diri dalam kerja-kerja kebajikan. Contohnya, beliau banyak memberi sumbangan kepada pendidikan orang pekak. Sumbangannya diiktiraf apabila beliau dianugerahkan anugerah Caring Hearts.
Subsidiari dan syarikat bersekutu MK Land Holdings Berhad
BML Management Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam perniagaan perkhidmatan penyelenggaraan harta.
Bukit Merah Resort Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam operasi hotel, tempat peranginan dan taman tema air.
Dominant Star Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam pembangunan hartanah, operasi hotel dan pelaburan.
Fairview Review Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam pembangunan hartanah.
Golden Precinct Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam penyewaan dan penyelenggaraan hartanah.
MK Land Resources Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam pengurusan hartanah dan pelaburan.
MK Land Ventures Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam pelaburan dan urus niaga hartanah.
MK Development Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam pelaburan dan urus niaga hartanah.
Prominent Valley Berhad, subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam operasi padang golf.
Pujaan Pastik Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam operasi hotel.
Segi Objective (M) Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam pembangunan hartanah, hotel, tempat peranginan dan taman tema air.
Sumbangan Berkat Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam menguruskan hotel.
Tema Teladan Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam pembangunan hartanah, operasi hotel dan pelaburan.
Vibrant Leisure Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam pembangunan hartanah.
Zaman Teladan Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam pembangunan hartanah.
Markins International (HK) Ltd., syarikat bersekutu MK Land Holdings Berhad dengan 14 peratus kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam pengedaran bahan makanan.
Melur Unggul Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam pengurusan hartanah.
Dipetik dari laman Web PTS

JUTAWAN ANTARABANGSA : Levi Strauss...





Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kita amat sinonim dengan jenama LEVIS dengan seluar Jeans. Jeans adalah pakaian popular didunia sejak berdekad lalu. Fesyen Jean ini telah popular dan dipelbagaikan kepada pakaian,jaket,seluar dan sebagainya. Kini, beribu jenama Jeans ada dipasaran. Persoalannya..siapa pencipta Jeans???

Levi Strauss adalah lelaki yg bertanggungjawap mempelkenalkan Jeans kepada seluruh dunia. Beliau berasal dari German dan berhijrah ke Amerika Syarikat pada tahun 1853 ketika berusia 24thn. Sebelum berhijrah ke San Francisco, beliau menetap di New York untuk mempelajari perniagaan Tekstil. Selepas menetap di San Francisco, beliau membantu abangnya menjalankan perniagaan barangan kering. Beliau dan abangnya menghadapi pelbagai cabaran sewaktu menjalankan perniagaan memandangkan mereka adalah imigran pada waktu itu.

Salah seorang pelanggan di kedai Levi dan abangnya adalah lelaki bernama Jacob Davis. Beliau merupakan seorang imigran dan tukang jahit dari Reno Nevada. Beliau kerap mengunjungi kedai Levi dan abangnya untuk membeli keperluannya. Bermulanya ciptaan seluar Jeans ini adalah apabila Jacob mempunyai seorang pelanggan yg kerap mengoyakkan poket seluarnya secara tidak sengaja. dan Jacob telah memasang rivets besi pada poket seluar pelanggannya bagi mengelakkan ia terkoyak kembali.

Gaya ciptaan baru ini menjadi bualan orang ramai dan Jacob bercadang untuk menpatenkan ciptaan beliau. Malangnya beliau tidak mempunyai USD68 bagi membayar kertas kerja. Beliau bercadang untuk mencari rakan kongsi yg boleh dipercayai dan beliau teringat tentang Levi Strauss memandangkan Levi Strauss mempunyai latar belakang dan ilmu tentang perniagaan tektil.Jacob bertemu Levi dan mereka berdua membuat kertas kerja dan pelan untuk memasarkan ciptaan mereka serta potensi pasaran yg ada.

Pada 20 May 1983, paten pertama "Blue Jeans" telah diterima dengan code #139,121 daripada US Patern Department. Dengan suntikkan keewangan daripada Levi Strauss, kedua-dua mereka mendaftar perniagaan mereka dengan nama Levi's Strauss & Co. Jacob. Mereka bijak membahagikan peranan dimana Jacob akan mencipta ciptaan dan mempelbagaikan design yg ada manakala Levi bertugas dibahagian pemasaran.

Seluar Jeans Biru Levi's telah memberikan impak baru dalam dunia fesyen dan semakin hari mereka semakin kukuh dalam perniagaan ini walaupun wujud banyak jenama baru dalam industri Jeans ini. Moga cerita kejayaan mereka ini akan dapat memberikan manafaat pada kita semua.

Salam Jutawan dari saya

Sunday, December 26, 2010

Remaja 16 tahun jadi jutawan muda



Remaja 16 tahun jadi jutawan muda

Dari Arkib KOSMO 16/8/2010

CHRISTIAN OWENS menjadi jutawan dalam usia baru 16 tahun selepas memulakan perniagaan Internet dua tahun lalu.

NORTHAMPTON - Seorang remaja sekolah di Britain, Christian Owens mencipta sejarah apabila dia berjaya memperoleh kekayaan £1 juta (RM4.9 juta) dalam usia 16 tahun selepas memulakan perniagaannya dua tahun lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia yang berasal dari Corby, Northamptonshire di sini mula menjalankan bisnes dengan duit poket sendiri pada usia 14 tahun apabila melancarkan laman web Mac Box Bundle yang menjana perolehan £700,000 (RM3.5 juta).

Owens kemudian menubuhkan syarikat iklan menerusi Internet, Branchr pada 2009 yang memperoleh £500,000 (RM2.5 juta) tahun lalu dan kini turut dilanggani firma bidaan ternama, William Hill serta laman sosial MySpace.

Walaupun sibuk, dia hanya aktif selepas waktu persekolahan dan hari hujung minggu namun Owens kini mampu menggaji lapan pekerja, semuanya orang dewasa serta merancang membuka dua cawangan tahun depan.

Dia yang kini tinggal bersama bapanya yang merupakan pekerja kilang, Julian, 50, dan ibunya, Alison, 43, setiausaha sebuah syarikat, mendapat idea menjadi jutawan muda daripada kisah kejayaan Ketua Eksekutif Apple, Steve Jobs. - Agensi

PS: Umur bukanlah penghalang untuk anda berjaya dalam perniagaan anda. Komitmen dan cara serta keazaman yg tinggi menjadikan semua yg mustahil itu sesuatu yg mampu dilakukan..

Salam Jutawan dari saya

Monday, December 20, 2010

JUTAWAN pengutip tin kosong : Curt Degerman




SKELLEFTEA, Sweden – Seorang lelaki berumur 60 tahun di sini memiliki kekayaan rahsia lebih AS$1.6 juta (RM5.21 juta) menerusi pelaburan di pasaran saham dengan cuma bermodalkan wang yang diperoleh daripada mengutip dan menjual tin kosong, lapor sebuah akhbar semalam.

Lelaki itu, Curt Degerman yang digelar Kurt Tin Kosong, meninggal dunia 18 bulan lalu manakala saudara-maranya bertengkar berhubung siapa sepatutnya mewarisi kekayaannya.

Sejak 40 tahun lalu, Degerman dipandang rendah oleh masyarakat kerana menyara hidupnya dengan menyelongkar tong-tong sampah untuk mencari tin kosong dan menjualnya di sebuah loji kitar semula.

Bagaimanapun, setelah dia meninggal dunia semasa berusia 60 tahun akibat serangan jantung, saudara-maranya mendapati dia memiliki wang AS$1.1 juta (RM3.58 juta) dalam satu akaun bank Switzerland.

Mendiang turut menyimpan jongkong emas bernilai kira-kira AS$378,000 (RM1.2 juta) selain wang AS$1,358 (RM4,428) di rumahnya.

Di sebalik penampilannya yang selekeh, Degerman sebenarnya seorang pelabur aktif dalam pasaran saham antarabangsa.

Selain memakan sisa makanan daripada tong sampah dan memakai sehelai kot kotor, dia akan meluangkan masa di perpustakaan awam pada setiap hari untuk mengkaji berita kewangan di akhbar.

“Dia pergi ke perpustakaan setiap hari kerana tidak membeli akhbar. Di perpustakaan itu, dia membaca akhbar kewangan Dagens Industri,” kata seorang sepupunya.

“Dia amat arif tentang pasaran saham,” tambahnya.

Jutawan itu disifatkan saudara-maranya sebagai seorang kanak-kanak genius yang berhenti sekolah kerana krisis peribadi.

Kekayaan lelaki itu akhirnya dikongsi oleh dua sepupunya dalam satu penyelesaian di luar mahkamah. – Agensi

kredit : komso.com.my

JUTAWAN MALAYSIA : Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin...Pengasas NAZA Groups.


NAZA memang satu nama besar dalam industri permotoran negara. Kumpulan Naza kini ada 14 bahagian perniagaan yang meliputi industri-industri seperti pengedaran rokok, kredit dan sewaan, kejuruteraan, hotel, insurans, alat ganti jentera, pengilangan, automotif, hartanah, pengangkutan, penanaman dan kenderaan air. Kumpulan Naza juga kini memegang hak francais Malaysia untuk kenderaan Kia dari Korea Selatan, dan Peugeot dari Perancis, serta juga permit import untuk kenderaan Mazda. Naza kini telah menjadi pengimport kenderaan mewah seperti Mercedes-Benz yang terbesar dan terpenting in Malaysia melalui usaha-usaha seperti Naza-Brabus. Hebat bukan....

Siapa pengasas Kumpulan NAZA? Pastinya anda mengenali Allayarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin. Seorang usahawan bumiputera yg unggul dalam kelasnya yg tersendiri. Beliau yg memulakan perniagaan pada usia seawal 21tahun pada tahun 1974 ini merupakan seorang bekas pelajar di Sekolah Menengah Tuanku Muhammad di Kuala Pilah Negeri Sembilan.

Mengikut info yg saya perolehi, bapanya seorang kontraktor dan beliau telah bekerja dan membantu bapanya dalam perniagaan seawal usia 16 tahun lagi. Hasil daripada sikap berjimat dan menabung, beliau berjaya menyimpan wang sebanyak RM80,000 dan lantas memulakan perniagaan beliau sendiri.

Memandangkan kecenderungan dan minat beliau kepada kereta dan industri automobil. Beliau bercadang untuk membawa kereta terpakai daripada Jepun. Tanpa bertangguh, dengan bermodalkan RM80,000, beliau memohon 20 AP dan berangkat ke negara matahari terbit dan menetap selama 3 bulan disana. Sekembalinya beliau daripada Jepun, beliau juga membawa pulang 20 kereta terpakai Jepun dan terus melakukan aktiviti pemasaran bagi memastikan kereta beliau terjual. Dalam masa 3 bulan, beliau berjaya menjual kesemua kereta tersebut.

Memulakan operasi di kedai beliau di Taman Maluri, beliau melangkah lebih jauh dengan membuka cawangan di Kg baru pada tahun 1979 dan mensasarkan jualan sehingga 40-60 biji kereta sebulan. Beliau berjaya melakukannya dan perniagaan beliau semakin berkembang sehingga kini.

Reputasi beliau sebagai seorang usahawan unggul tidak dapat dinafikan. Beliau sentiasa memanafaatkan peluang dan mengembangkan perniagaan beliau dari masa ke semasa. Antara tips kejayaan yg sempat beliau kongsi adalah sikap berjimat cermat dan sentiasa menyimpan keuntungan beliau untuk dilaburkan kembali supaya proses mengembangkan perniagaan beliau dapat dilaksanakan dengan jaya.

Sebagai usahawan, kita perlu ada jati diri untuk sentiasa memikirkan masa hadapan. Setiap keuntungan perlu kita kawal dan hargai. Setiap perniagaan ada turun naik dan kebijaksanaan kita mengawalnya adalah tunjang kejayaan perniagaan kita.

Salam Jutawan dari saya

Sunday, December 19, 2010

JUTAWAN ANTARABANGSA : Warrent Buffet dari Arab! - Al-Waleed bin Talal



Majalah Forbesyang tersohor dengan senaraian jutawan-jutawan dunia telah mengiktiraf dan meletakkan nama Putera al Waleed Talal yang berusia 52 tahun (7 March 1955) adalah sebagai individu ketiga belas terkaya dunia dengan nilai aset melebihi USDS20.3 bilion pada tahun 2007. Berdasarkan harta kekayaan yang dimilikinya, Putera al Waleed digelar 'Arabian Warrent Buffet' oleh Majalah Time

Sejarah perniagaan

Putera al Waleed memulakan aktiviti perniagaannya sebaik saja tamat belajar dari Kolej Menlo, California. Peringkat awainya beliau banyak terlibat sebagai broker kepada entiti perniagaan antarabangsa yang mahu menjaring perniagaan dengan syarikat-syarikat di bumi Arab Saudi. Selepas itu beliau mula melabur dalam sektor hartanah dan menjadi pelabur utama dalam industri perbankan Arab Saudi. Kebanyakan pelaburannya dibuat ke atas syarikat-syarikat yang mengalami masalah kewangan dan sememangnya Putera al Waleed memiliki tahap kesabaran yang tinggi dalam melihat syarikatyang dilaburnya kembali pulih. Malah ada yang menjangkau lebih satu dekad untuk membuat keuntungan.

Ini termasuklah konglomerat tersohor dunia, Citicorp di mana beliau merupakan pemegang saham terbesar syarikat itu. Putera al Waleed turut memegang sejumlah besar saham dalam syarikat AOL, Apple Computer, Worldcom, Motorola dan News Corporation Ltd. Demikian juga dalam sektor perhotelan di mana beliau memiliki beberapa ragkaian hotel terkemuka termasuk Hotel Four Seasons, Hotel Plaza (New York), Savoy Hotel (London), Monte Carlo Grand Hotel dan banyak lagi.

Liberalisme

Kejayaan perniagaannya boleh dilihat kepada sikapnya yang begitu liberal sebagaimana ideologinya terhadap dunia politik. Misalnya beliau antara kerabat di Raja Arab Saudi yang begitu lantang menyaran diadakan pilihanraya di negaranya. Beliau turut terkenal dengan kelantangan memperjuangkan hak-hak wanita di Arab Saudi. Dalam perniagaan, beliau tidak melihat agama atau bangsa sebagai halangan. Misalnya dalam syarikat Citicorp. Meskipun beliau merupakan pemegang terbesar saham syarikat itu, namun presidennya beragama Yahudi. Demikian juga pelaburan pembangunan yang dilakukan di bumi Palestin dan Tebing Barat.


Kemasyarakatan


Peristiwa 11 September 2001 tidak sedikit pun menjejaskan hubungannya dengan Amerika Syarikat. Meskipun pihak rejim Bush melancarkan kempen besar-besaran menentang keganasan yang katanya dimulakan oleh umat Islam. Malah Putera al Waleed melakukan lebih banyak kegiatan murni dalam membebaskan tanggapan Barat terhadap masyarakat Islam khususnya Timur Tengah.

Dermawan

Putera al Waleed juga terkenal sebagai seorang yang dermawan. Ini terbukti melalui aktiviti pendermaan yang dilakukan di serata dunia termasuk Timur Tengah, Asia dan Afrika. Pada bulan Disember 2005, beliau telah menderma sebanyak USDS20 juta kepada Universiti Harvard bagi membiayai pengajian Islam di sana.

Meskipun Arab Saudi mengamalkan sistem pentadbiran bermonarki, namun Putera al Waleed tidak tergolong dalam barisan eksekutif pemerintahan 'House of Saud'. Hal ini dilakukan kerana minatnya lebih mendalam terhadap dunia perniagaan.

Saturday, December 18, 2010

JUTAWAN MALAYSIA : Tan Sri Dr Jeffrey Cheah (KUMPULAN SUNWAY)



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Post pada kali ini akan menceritakan tentang Tan Sri Dr Jefferey Cheah iaitu CEO Kumpulan SUnway.

Kumpulan Sunway memang terkenal sebagai antara syarikat gergasi di Malaysia yang telah meliputi pelbagai cabang perniagaan. Apa yang menarik minat saya untuk menceritakan tentang kejayaan Tan Sri Dr Jefferey Cheah ini adalah kerana kejayaan beliau mengharungi 3 kemelesetan ekonomi dengan jayanya.

Tan Sri Jefferey Cheag dilahirkan di Perak dan mendapat pendidikan beliau di Victoria University of Technology, Australia. Beliau memulakan pekerjaan sebagai akauntan di Kilang pemasangan motor setelah menamatkan pengajian beliau. Pada tahun 1974, beliau telah memulakan syarikat pelombongan bijih dengan modal berbayar Rm100,000.

Selepas 5 tahun menjalankan perniagaan perlombongan bijih, kemelesetan ekonomi telah melanda seluruh dunia dan ini memberikan impak buruk kepada syarikat Tan Sri Dr Jefferey Cheah sendiri. Kehabisan bijih timah juga telah membuatkan perniagaan beliau seperti akan sampai kepenghujungnya. Beliau segera menukar perusahaan bijih tersebut kepada perusahaan lombong kuari dan pasir dan beliau berjaya menyelamatkan syarikat beliau.

Pada tahun 1984, beliau berjaya membawa Sunway Holding Berhad ke papan utama Bursa Saham Kuala Lumpur. Kejayaan ini hadir bersama cabaran baru apabila kemelesetan ekonomi kembali pada tahun 1985. Kali ini, kesan yang dirasai lebih ketara dan Sunway Holding Berhad mengalami kerugian yang hampir melenyapkan dana pemegang sahamnya. Tan Sri Dr Jefferey Cheah cuba bertahan dan melakukan pelbagai cara untuk menjimatkan kos operasi syarikatnya.

Setelah krisis ekonomi berakhir, Tan Sri Jefferey Cheah mula mempelbagaikan perniagaan syarikatnya. Sunway Holding berhad telah melibatkan diri dalam sektor perbangunan hartanah,pelaburan hartanah,pembuatan dan perniagaan berkaitan hiburan. Beliau telah berjaya mewujudkan 3 lagi syarikat iaitu Sunway city Berhad,Sunway Construction Berhad dan Sunway Building Technology Berhad.

Krisis Ekonomi asia kembali berulang pada tahun 1997 dan pada kali ini, beliau telah bersedia untuk menghadapinya. Beliau bersikap telus dengan kesemua kakitangannya dan kerap mengadakan pertemuan dengan kakitangan bagi membentangkan akaun syarikat. Beliau juga memotong gaji beliau sendiri dan mengurangkan perbelanjaan dan cara hidup mewah beliau. Beliau tetap menjaga kebajikan pekerja dengan membayar gaji mereka tepat pada waktunya dan ini telah menanamkan rasa cinta dan setia pada majikan dalam hati pekerja-pekerja beliau.

Kebijaksanaan beliau terserlah dengan anugrah seperti Tokoh Hartanah 1993/94, CEO Terbaik Malaysia 1996 dan 8 anugrah doktor kehormat dari beberapa Universiti Antarabangsa. Disebalik kecekalan beliau dalam bidang perniagaan, Beliau juga seorang dermawan dengan menubuhkan Yayasan Buah Pinggang malaysia dan Yayasan Hati Malaysia.

Dapat kita perhatikan disini ialah kecekalan dan kebijaksanaan amat diperlukan dalam dunia perniagaan. Ini kerana dalam dunia perniagaan, cabaran dan dugaan adalah sesuatu yg pasti sebelum mengenal erti KEJAYAAN. 

Wednesday, December 15, 2010

Berita Jutawan: Jakel...Gergasi industri tekstil



Empayar bermula dengan RM30
.
Mempunyai seramai 20 pereka, tidak mustahil sekiranya Jakel dilabelkan sebagi gedung tekstil terkemuka tanah air. Bangga dengan rekaan corak tersendiri, Jakel sering mendapat perhatian ramai khususnya menjelang musim perayaan.
.
"APA jua jenis perniagaan tentunya mempunyai masalah. Kalau tidak mahu ada masalah jangan sesekali melibatkan diri dalam perniagaan."
.
Itulah antara kata-kata semangat daripada arwah bapa yang dipegang oleh Pengarah Urusan Jakel, Mohamed Faroz Mohamed Jakel dalam mengembangkan empayar perniagaan tekstil mereka.
.
Mengangkat intipati pesanan itu sebagai azimat niaga, ia nyata telah menjadi suntikan motivasi hingga terbinanya sebuah jenama gedung tekstil tersohor di Malaysia.
.
Merupakan anak kedua daripada 12 adik-beradik, Mohamed Faroz merupakan peneraju utama yang menaikkan nama Jakel sehingga ia dikenali umum.
.
Mengimbas kembali penubuhan Jakel sejak tahun 1985, perniagaan itu hanya beroperasi di sebuah premis yang kecil di Muar, Johor.
.
Hanya berbekalkan modal RM30 dan dua tenaga kerja, Jakel menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan dan runcit tanpa membayangkan keuntungan besar.
.
Tahun demi tahun mereka berniaga untuk survival masa hadapan. Perkembangan skala operasi dan jaringan bisnes tidak sekali-kali mengubah prinsip asas mereka iaitu untuk menjual jenis fabrik yang mampu dimiliki oleh semua golongan.
.
Cabaran membina nama
.
Bagaimanapun, apabila melihat kejayaan Jakel yang berdiri teguh pada hari ini selepas tempoh lebih 25 tahun, bukan sedikit liku dan cerita jatuh bangun yang didepani syarikat itu.
.
"Perasaan hasad dengki dalam persaingan dunia niaga memang menuntut kesabaran yang tinggi. Sebenarnya ia merupakan perkara biasa dalam bisnes. Apabila perniagaan kita nampak maju sedikit, mulalah orang hendak menjatuhkan kita," katanya.
.
Menurut Mohamed Faroz, pernah ada pihak yang menyebarkan fitnah kononnya kain yang mereka jual tidak bermutu tinggi dan berharga mahal.
.
"Malah, tanggapan itu terbawa-bawa sehingga ke hari ini. Apatah lagi, perniagaan fabrik kini mempunyai saingan amat sengit," ulasnya ketika ditemui Stailo di Wisma Jakel, Jalan Masjid India baru-baru ini.
.
Tidak cukup dengan itu, ketika negara mengalami krisis ekonomi pada tahun 1996, Jakel turut menerima tempiasnya. Tetapi disebabkan Jakel mempunyai strategi perniagaan yang baik, keadaan itu tidak terlalu menjejaskan kedudukan operasi Jakel.
.
Siapa sangka ketika banyak syarikat bergelut dengan iklim ekonomi sekitar tahun 1997, Jakel dilimpahi rezeki apabila mampu membesarkan ruang niaga dengan membeli panggung wayang Rex untuk dijadikan stor dan jualan runcit di Segamat, Johor.
.
Menyentuh mengenai cawangan syarikat yang kini sudah mencecah sebanyak 18 buah, Mohamed Faroz memberitahu, ilham tersebut bermula pada tahun 2000.
.
Ketika berada di Segamat, boleh dikatakan setiap hari Jakel menerima kunjungan lawatan daripada pembeli yang mana kebanyakannya dari luar Johor. Dari situ terdetik untuk memperbanyakkan lagi cawangan di kota-kota lain di seluruh negara.
.
Premis yang terletak di Kuala Lumpur sebenarnya mula ditubuhkan pada tahun 2008. Ternyata usaha melebarkan sayap ke ibu negara membuahkan hasil yang lebih lumayan buat Jakel.
.
Ini kerana nama Jakel bukan hanya menjadi sebutan para pelanggan golongan biasa. Bahkan, ia turut dipilih sebagai gedung tekstil kegemaran golongan ternama dan pereka fesyen tanah air.
.
Apa yang membuatkan Jakel mudah diterima ramai kerana konsep mesra pelanggan yang diterapkan syarikat itu amat berkesan.
"Kita tidak memilih pangkat pembeli. Kalau mereka datang beli di sini, layanan yang diberikan sama sahaja iaitu seorang pembeli akan dikendalikan oleh seorang jurujual.
.
"Bermula dari pemilihan dan potongan fabrik semuanya akan dibantu oleh jurujual yang sama," terangnya yang kini sudah tujuh tahun menerajui perniagaan tekstil Jakel.
.
Hari ini, Jakel muncul sebagai syarikat pengimport dan penjual utama produk tekstil untuk pasaran tempatan dan luar negara.
.
Kejayaan besar Jakel apabila syarikat itu mendapat hak eksklusif menjual jenama-jenama kain terkenal, termasuk Valentino, Pierre Cardin, Roberto Cavalli dan Emanuel Ungaro.
.
Bagi himpunan yang tidak terlalu mahal, pelanggan boleh memilih seleksi fabrik seperti sutera Korea, sutera sulaman Thai, sifon bermanik dan bermacam-macam lagi.
.
Melewati usia 25 tahun, kejayaan Jakel dilihat semakin menyinar di persada tekstil negara apabila membuka cawangan baru di Seksyen 7, Shah Alam pada 25 April ini.
.
Gedung seluas 7,432 meter persegi itu memenuhi permintaan pelanggan yang tidak memerlukan orang ramai berkunjung ke tempat lain untuk mendapatkan fabrik.
.
Jelasnya, bangunan setinggi enam tingkat itu akan dimuatkan dengan pelbagai jenis fabrik yang sesuai dijadikan baju tradisional atau pengantin. Malah, butik terkenal Arianni turut diletakkan di dalam gedung yang sama bagi penggemar dan pemakai tudung.
.
"Shah Alam dipilih sebagai lokasi gudang terbesar kerana ia memberi kemudahan kepada pelanggan yang tinggal berdekatan kawasan sekitarnya termasuk dari Subang Jaya, Damansara, Klang atau Puchong.
.
"Jadi, mereka tidak perlu bersusah payah untuk datang ke cawangan Kuala Lumpur. Kami juga menyediakan ruang parkir yang luas demi memberi keselesaan kepada pengunjung," katanya yang kini perlu mengendalikan seramai 4,000 kakitangan.
.
Selain itu, Jakel turut tidak melepaskan peluang membantu peniaga Bumiputera dengan menyediakan kemudahan francais. Menariknya, francais yang diberikan itu bukannya meletakkan label nama Jakel, sebaliknya pemilik kedai tersebut boleh menggunakan pilihan nama sendiri.
.
"Nama Jakel hanya tertera kecil di bawah nama kedai tersebut. Walaupun kedai itu bukannya nama Jakel tetapi barangan yang dijual merupakan 100 peratus dari gedung kami.
.
"Sehingga kini kita mempunyai 14 francais yang mana antaranya terdapat di Pahang, Kelantan dan Kedah," terangnya.
.
Rai pelanggan
.
Dalam pada itu, sempena ulang tahun Jakel ke-25 yang hanya diraikan sekali setahun, gedung ternama tersebut mengadakan promosi hebat untuk menghargai pelanggan mereka yang setia memberi sokongan.
.
Bermula 26 Mac hingga 18 April ini, orang ramai boleh mendapatkan habuan menarik apabila membeli-belah di Jakel kerana setiap pembelian akan menerima ganjaran istimewa.
.
Hadiah tersebut bukan hanya untuk pembeli bertuah, tetapi semua pelanggan boleh menikmati promosi tersebut apabila setiap pembelian RM250 ke atas akan mendapat hadiah fabrik bernilai RM50.
.
PARA peserta pertandingan Miss World Tourism 2009 turut mengunjungi Jakel.
Sementara itu, bagi yang meniti detik menjadi raja sehari, pembelian set pakaian pengantin renda Perancis yang berharga RM259 bakal menerima hadiah kain songket bernilai RM100.
.
"Bukan setakat fabrik untuk pakaian, mereka yang membeli langsir berukuran 10 meter bakal dihadiahkan dengan tambahan langsir berukuran lima meter.
.
"Tawaran yang disediakan ini memang menguntungkan apatah lagi ia bukannya terhad kepada bilangan pelanggan tertentu yang ke gedung kami," katanya.
.
sumber: kosmo!

Tuesday, December 14, 2010

MOTIVASI JUTAWAN : TIPS JADI KAYA

Kerja keras, tidak sombong, nasib kunci jadi jutawan

SEBUT soal wang, siapa saja tidak tertunggu-tunggu jika diberi peluang menjadi lebih kaya. Mengapa tidak, kemakmuran dan kejayaan hidup selalu dikaitkan dengan kesenangan dan keselesaan yang diukur dalam bentuk Ringgit Malaysia (RM).

Faktor kesenangan dan keselesaan hidup inilah yang menjadi matlamat kebanyakan individu dalam meniti hari dan merancang kehidupan.

Namun, usah bermimpi di siang hari atau memasang angan-angan kosong. Kekayaan bukanlah sesuatu yang mudah diperoleh. Jika disingkap cerita individu yang diiktiraf sebagai manusia paling kaya di dunia, sebahagian besar daripada tokoh ini menempuhi perjalanan hidup yang sukar.

Sepanjang survival hidup itulah mereka merasai 'jatuh dan bangun' serta menempuh pelbagai dugaan dalam mencapai kejayaan.

Dalam berangan-angan menjadi kaya, mungkin ramai antara kita tercari-cari modul yang boleh dicontohi bagi meraih gelaran jutawan. Jika ada panduan atau rujukan, sekurang-kurangnya strategi boleh direncanakan bagi merealisasikan impian.


Kisah kejayaan beberapa hartawan tempatan yang tersenarai sebagai antara 40 individu terkaya di Malaysia mungkin boleh anda jadikan inspirasi. Sikap yang diamalkan termasuk perkara yang mendorong mereka yang kebanyakannya lelaki layak dijadikan resepi mencipta kejayaan sama.

Antara yang dapat dikongsi ialah kisah di sebalik kejayaan hartawan yang menduduki tempat pertama, Tan Sri Robert Kuok atau 'Raja Gula' membina empayar.

Kuok disifatkan usahawan yang mempunyai falsafah perniagaan dan apa yang nyata, beliau sentiasa mahu belajar dan menyesuaikan diri dengan perubahan zaman.

Dalam temuramah bersama majalah antarabangsa baru-baru ini, Kuok mendedahkan satu-satunya cara untuk berjaya dalam perniagaan adalah dengan tidak bersikap sombong dan bersedia berkongsi dengan individu yang lebih bijak.

Tidak hairanlah, Kuok mengekalkan status tertinggi dalam senarai jutawan tempatan sejak tahun 2006 (senarai individu paling kaya di Malaysia oleh Forbes Asia). Hartawan ini mencatat nilai kekayaan AS$9 bilion (RM31.5 juta).

Manakala usahawan terkemuka yang terkenal dengan sikap dermawannya, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary menduduki tangga kelapan tahun ini. Menurut Forbes, nilai kekayaan Syed Mokhtar berjumlah AS$1.1 bilion (RM3.86 bilion).

Syed Mokhtar dilaporkan seorang yang sentiasa berusaha keras memperbaiki taraf hidupnya sejak dulu. Bermula dengan membantu ibu bapanya berniaga lembu sekitar tahun 1960-an, beliau beralih kepada perniagaan perkhidmatan lori pada selepas mendapat bantuan Majlis Amanah Rakyat (Mara). Kemudian beliau berniaga beras secara kecil-kecilan.

Kini empayar perniagaan yang dibangunkannya merangkumi pelbagai bidang seperti pengangkutan dan logistik, operasi pelabuhan, perladangan dan hartanah.

Kejayaan penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah 1429 ini membuktikan apa saja yang dicita-citakan mampu dicapai andai kita gigih bekerja, tawakal dan berdoa kepada Allah. Selain itu, kita harus memanfaatkan apa saja keistimewaan dan kebijaksanaan kurniaanNya serta tidak bergantung kepada nasib dan takdir semata-mata.

Sering mencari dan menyahut cabaran dalam kerjaya adalah antara 'rahsia kejayaan' seorang lagi tokoh korporat iaitu Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim. Beliau yang menduduki tangga ke 11 dalam senarai kali ini pernah dilaporkanberkata, cabaran mendorong seseorang berusaha lebih kuat.

Azman adalah individu yang optimistik, sentiasa berfikiran terbuka dan mencuba mendapatkan apa yang beliau idamkan.

Bagi yang ingin mengikut jejak langkah tokoh korporat dan hartawan membina empayar, sikap dan semangat mereka dalam membangunkan perniagaan serta membina kekayaan wajar menjadi panduan.

Selamat berusaha!

Tip jadi kaya.

1. Mereka yang kaya percaya mereka boleh menjadi kaya.

Jika anda ragu-ragu dengan kemampuan menjadi kaya, ambil mana-mana majalah perniagaan dan lihat laporan mengenai kejayaan yang dicapai ramai ahli perniagaan.

Jangan fikir anda tidak mempunyai bakat seperti mereka. Sebaliknya cari jalan bagaimana mendapatkan kemahiran itu. Percayalah, jika anda sendiri tidak yakin bahawa anda boleh menjadi kaya, anda tidak akan berpeluang merasainya.

2. Mereka yang kaya meluangkan masa dan tenaga untuk belajar mengenai wang.

Biarpun terlalu menginginkan wang mereka menokok. ramai yang tidak meluangkan masa belajar dan memahirkan diri mengenai kaedah menjana wang. Sedangkan orang kaya sering meluangkan masa dan berusaha 'melebatkan' wang.

3. Mereka yang kaya mendapatkan nasihat kewangan betul

Antara rahsia penting golongan hartawan ialah mereka tidak bergantung sepenuhnya kepada institusi kewangan untuk mendapatkan nasihat. Ini kerana kebanyakan daripada institusi terbabit hanya mahu menjual produk dan perkhidmatan yang menguntungkan mereka saja. Golongan kaya akan mendapatkan khidmat nasihat dari pihak profesional dan berkecuali dalam menguruskan kewangan mereka.

4. Mereka yang kaya bijak mengaplikasikan teknik menjana kekayaan

Untuk mengaplikasi teknik menjana kekayaan bukan mudah. Ia memerlukan perubahan tabiat, kebiasaan dan keselesaan yang tidak memberikan keuntungan. Jika ingin berjaya, anda mesti bersedia untuk mengubah amalan tidak produktif anda selama ini.

5. Mereka yang kaya tahu bahawa mereka ingin menjadi kaya.

Istilah 'kebebasan kewangan' sememangnya sukar untuk memotivasikan diri. Tapi bagi golongan kaya, mereka tahu bagaimana kebebasan kewangan memberi manfaat kepada mereka. Misalnya, peluang menghabiskan lebih masa bersama keluarga, melancong dan sebagainya. Pendek kata, mereka tahu mengapa mereka perlu menjadi kaya.

Monday, December 13, 2010

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhory

Hari ini kita akan membaca mengenai Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhory
Tan Sri Syed Mokhtar mempunyai tujuh orang adik beradik dan dia adalah anak yang ketiga. Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau susah hendak menelaah.
TAN Sri Syed Mokhtar al-Bukhary adalah usahawan yang banyak menderma dan banyak melakukan kerja-kerja amal.
Latar belakang kehidupan
Tan Sri Syed Mokhtar dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1951. Keluarganya berasal dari Hadhramaut, Yemen. Sebelum mengambil keputusan menetap di Kedah, bapanya mengembara hingga ke Asia Tengah untuk berniaga. Seterusnya, bapanya ke Thailand. Pada pertengahan tahun 40-an, barulah bapa Tan Sri Syed Mokhtar mengambil keputusan menetap di Alor Setar, Kedah. Pada tahun 1946, bapanya mendirikan rumah tangga.
Tan Sri Syed Mokhtar mempunyai tujuh orang adik beradik dan dia adalah anak yang ketiga. Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau susah hendak menelaah.
Walaupun demikian, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Keadaan itu juga mendorong beliau supaya memulakan kelas tuisyen percuma sebagai salah satu program kebajikan di bawah Yayasan al-Bukhary yang ditubuhkannya bagi menyumbang ke arah kebajikan. Kini, seramai 15,000 orang pelajar mendapat faedah daripada program tuisyen itu.
Pendidikan
Tan Sri Syed Mokhtar memulakan persekolahannya di Alor Setar tetapi apabila beliau berusia 9 tahun, beliau dihantar tinggal bersama-sama dengan bapa saudaranya, Syed Omar di Johor Bahru. Beliau berada di situ dari darjah empat hinggalah ke tingkatan dua. Tan Sri Syed Mokhtar kemudiannya kembali ke kampung halamannya di Alor Setar dan menyambung persekolahannya hingga ke tingkatan lima di Sekolah Saint Micheal’s.
Sebenarnya, Tan Sri Syed Mokhtar bukanlah orang yang berpendidikan tinggi. Beliau tidak pernah belajar hingga ke peringkat universiti. Namun, ini tidak bermakna beliau seorang yang tidak berilmu. Kebanyakan ilmunya diperoleh melalui pengalaman secara langsung apabila beliau bergiat dalam dunia perniagaan sejak kecil lagi.
Membantu keluarga
Disebabkan keadaan keluarganya yang kurang berkemampuan, Tan Sri Syed Mokhtar membantu ibunya menanam sayur-sayuran bagi menampung pendapatan keluarga. Mereka menjualnya di pasar di Jalan Telok Wan Jah. Beliau juga menjual roti canai di pasar yang sama.
Semasa waktu rehat di sekolah pula, ayahnya akan menemuinya di sekolah dan memintanya membuat simpan kira. Selepas waktu sekolah, Tan Sri Syed Mokhtar membantu menggembala haiwan peliharaan bapanya di pusat kuarantin berdekatan dengan stesen kereta api Alor Setar. Beliau banyak menimba ilmu dan pengalaman semasa melakukan kerja-kerja itu.
Mula berniaga
Pada tahun 1970-an, perniagaan binatang ternakan bapanya mengalami kemerosotan ekoran tercetusnya wabak kaki dan mulut. Wabak itu merebak ke seluruh Selatan Thailand, Kedah dan Perlis. Semua binatang ternakannya mati begitu sahaja. Sejak itu, Tan Sri Syed Mokhtar mengambil alih perniagaan bapanya dan membuat keputusan untuk tidak lagi melibatkan diri dalam bidang penternakan. Beliau mula menjual daging secara kecil-kecilan.
Sebenarnya, Beliau pergi dari pekan ke pekan di sekitar Alor Setar bagi membeli daging yang tidak terjual. Beliau kemudiannya membungkus daging itu bersama ais dan menjualnya kembali kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran di sekitar Alor Setar. Beliau berjaya dalam perniagaan itu. Kejayaan itu menambahkan keyakinan beliau bagi memajukan diri dalam dunia perniagaan.
Daripada perniagaan menjual daging, beliau beralih pula kepada perniagaan pengangkutan. Pada tahun 1972, beliau berjaya mendapat permit bagi empat buah lori Kelas A. Beliau mendapat bantuan pinjaman sebanyak RM110,000 daripada pihak MARA yang digunakannya bagi membeli dua buah lori Mercedes 911LS.
Sebenarnya, seorang peniaga Cina menawarkan sejumlah wang bagi baki dua permit yang tidak digunakannya. Tan Sri Syed Mokhtar enggan dan menyerahkan permit itu kembali kepada MARA. Selepas membeli dua buah lori itu, Tan Sri Syed membuka syarikat pengangkutan yang dinamakan Syarikat Pengangkutan Sentosa dan melantik kerani Cina sebagai pengurus syarikatnya itu.
Tan Sri Syed Mokhtar menggunakan lori-lorinya bagi memulakan perniagaan beras. Syarikat Kenderaan Sentosa masih wujud sehingga ke hari ini dan memiliki lebih daripada 40 buah lori.
Menubuhkan syarikat
Pada tahun 1974, Tan Sri Syed Mokhtar membeli rumah kedainya yang pertama di Jalan Telok Wan Jah di bawah perjanjian sewa beli dengan UDA atau Perbadanan Kemajuan Bandar.
Seterusnya, pada tahun 1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara yang kini dikenali sebagai Bernas. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Dia berjaya mendapat kontrak bagi membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan juga Sergam Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor.
Selepas berjaya dengan Syarikat Shah, beliau menubuhkan syarikat usaha sama dengan dua orang peniaga Cina, iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua Chong Tan. Ghiak Gee adalah pedagang beras manakala Chong Tan pula pengilang beras.
Dalam syarikat usaha sama itu, Tan Sri Syed Mokhtar memegang 52 peratus kepentingan manakala Ghiak Gee dan Chong Tan masing-masing 32 peratus dan 16 peratus. Perniagaan usaha sama yang diberi nama Bukhary Sdn. Bhd. itu memulakan operasinya pada 15 Julai 1976, di pejabatnya di Jalan Telok Wan Jah.
Perniagaan terus berkembang
Daripada beras, beliau kemudiannya mengembangkan perniagaannya kepada komoditi lain, iaitu gula. Ini masih dijalankan sehingga ke hari ini melalui Bukhary Sdn. Bhd. Pendapatan tahunan Bukhary Sdn. Bhd. kini mencecah RM250 juta.
Setahun selepas Bukhary Sdn. Bhd. memulakan operasinya, beliau menubuhkan Bukhary (KL) Sdn. Bhd. pada tahun 1977. Syarikat itu ditubuhkan khas bagi mendapatkan kontrak kerajaan yang pada masa itu banyak ditawarkan kepada usahawan Bumiputera. Operasi Bukhary (KL) Sdn. Bhd. dijalankan di rumah kedai empat tingkat di Jalan Pahang yang juga dibeli melalui perjanjian sewa beli dengan UDA. Usahanya membuahkan hasil lagi.
Tan Sri Syed Mokhtar diberikan kontrak bagi membekalkan beras, teh, tepung coklat, tepung susu dan juga minyak sapi kepada kerajaan. Bahagian bawah pejabatnya diubah suai menjadi pusat pembungkusan.
Apabila beliau mendapat kontrak pembekalan itu, Tan Sri Syed Mokhtar menubuhkan Susu Mas Sdn. Bhd. pada tahun 1979. Syarikat itu juga adalah syarikat usaha sama di antara dirinya yang memegang 51 peratus kepentingan dengan New Zealand Milk Products yang memegang saham selebihnya. Produk Susu Mas Sdn. Bhd. dipasarkan di bawah jenama Fernleaf dan Anchor.
Pada pertengahan tahun 80-an, Tan Sri Syed Mokhtar menjual kepentingannya dalam Susu Mas Sdn. Bhd. ekoran kemelesetan ekonomi.
Strategi tersendiri
Pada tahun 1978, beliau dijemput menyertai delegasi perdagangan ke Ekso Perdagangan Canton, China. Semasa berada di China, Tan Sri Syed Mokhtar menjalankan sistem barter, iaitu menukarkan kokonya dengan teh dari China. Cuma bezanya sistem barter zaman sekarang dijalankan secara besar-besaran atau pukal. Contohnya, menukarkan 1 tan minyak sawit dengan 1 tan minyak mentah.
Perniagaan pakaian
Selepas mengembangkan perniagaannya bermula daripada bidang komoditi ke pengangkutan, pembungkusan dan barter, beliau kemudiannya melangkah kepada sektor pembuatan.
Ini ekoran kejayaannya mendapat kontrak membuat pakaian seragam tentera bagi pihak Kementerian Pertahanan. Kontrak itu adalah bagi membekalkan pihak tentera dengan 120,000 pasang kasut dan 330,000 pasang pakaian seragam. Apabila berjaya mendapat kontrak itu, beliau mula mencari pembekal. Pada mulanya, beliau membeli secara terus daripada pengilang.
Selepas membeli daripada pengilang, beliau kemudiannya membuat keputusan menubuhkan dua buah syarikat, iaitu Amtek Holdings bagi mengeluarkan kasut dan Oriental Garments Uniform Division bagi mengeluarkan pakaian. Oriental Garments Uniform Division adalah syarikat usaha sama dengan Oriental Garment yang berpusat di Seberang Prai.
Apabila Amtek Holdings disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 1998, beliau menggunakan wang penyenaraian yang diperolehnya bagi membeli Spark Manshop dan hak bagi mengeluarkan dan memasarkan pakaian berjenama Crocodile. Kini, anak syarikat Amtek Holdings mengeluarkan kasut tentera (Amtek Shoes) dan pakaian berjenama Lee Coopers dan Lois (Amtek Garments Sdn. Bhd.) bagi pasaran eksport.
Perniagaan perkapalan
Tidak cukup dengan perniagaan pakaian, beliau juga bergiat dalam perniagaan perkapalan. Beliau menubuhkan Bukhari Shipping dan mendaftarkannya dengan pihak Perbendaharaan. Bukhari Shipping bertindak sebagai broker kapal di bawah polisi CABOTAGE. Melalui Bukhari Shipping, Tan Sri Syed Mokhtar membeli sebuah kapal buatan Jerman yang berusia 28 tahun pada harga USD1 juta.
Kapal yang diberi nama Angsa Mas itu digunakan bagi mengangkut beras dari Thailand ke Sabah dan Sarawak. Walau bagaimanapun, perniagaan itu mengalami kerugian yang menyebabkan beliau terpaksa menjual kapalnya pada harga USD600,000, iaitu rugi sebanyak USD400,000 (USD1 juta – USD600,000).
Pada masa yang sama, beliau mula membabitkan diri dalam sektor pembangunan hartanah. Beliau membeli beberapa bidang tanah di Alor Setar dan memulakan beberapa projek perumahan di bawah syarikat Bukhary Development.
Penglibatan dalam projek penswastaan
Beliau terlibat dalam projek penswastaan Johor Port Sdn. Bhd. dan Johor Tenggara Oil Palm Sdn.Bhd. Beliau membeli Johor Port melalui tender pada harga RM330 juta. Johor Tenggara Oil Palm Sdn. Bhd. pula dibelinya pada harga RM135 juta. Melalui Johor Port Sdn. Bhd., beliau menjayakan projek Pelabuhan Tanjung Pelepas.
Kini, Pelabuhan Tanjung Pelepas semakin maju hingga mereka berjaya meyakinkan dua buah syarikat perkapalan antarabangsa, iaitu Maersk Sealand dari Denmark dan Evergreen Marine dari Taiwan supaya berpindah dari Pelabuhan Singapura ke Pelabuhan Tanjung Pelepas.
Projek penswastaan ketiganya adalah penswastaan air yang mana beliau menubuhkan Equiventure Sdn. Bhd., iaitu syarikat usaha sama di antara syarikatnya, Kem-bangan Dinamik dan Pilecon Bhd. serta syarikat Perancis, Oneo. Pegangan Kembangan Dinamik dalam syarikat itu adalah sebanyak 49 peratus.
Kepentingan
Beliau membeli MMC Corporation, iaitu syarikat kejuruteraan pada harga RM3 sesaham daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB). Tan Sri Syed Mokhtar juga memiliki 22.7 peratus pegangan dalam Malakoff Berhad, iaitu syarikat pembekalan elektrik dan 20 peratus pegangan dalam IJM Corporation Berhad di mana perniagaan utamanya adalah pembuatan.
Selain itu, beliau memiliki 18 peratus pegangan dalam Bernas yang terlibat dalam perdagangan beras dan 32 peratus pegangan dalam Pernas International Holdings Berhad, iaitu konglomerat yang terlibat dalam banyak sektor perniagaan. Manakala 18.7 peratus pegangan dalam Fiamma Holdings Berhad, syarikat pemasaran dan pengedaran barangan elektronik serta 100 peratus kepentingan dalam MPH, iaitu syarikat peruncitan dan pengedaran buku.
Objektif penubuhan Yayasan al-Bukhary
Yayasan al-Bukhary ditubuhkan pada Mac 1996 sebagai badan kebajikan yang berperanan membantu golongan miskin, menyokong perkembangan seni dan budaya Islam dan juga menggalakkan persefahaman antara peradaban.
Antara objektif utama Yayasan al-Bukhary adalah menggalakkan persaudaraan sesama Islam. Yayasan ini terdiri daripada dua buah bahagian. Satu bahagian menjalankan kerja-kerja kebajikan manakala satu ba-hagian lagi menguruskan penyaluran dana daripada setiap syarikat yang mana Tan Sri Syed Mokhtar ada kepentingan di dalamnya.
Sehingga kini, Yayasan al-Bukhary membelanjakan lebih RM300 juta bagi aktiviti keagamaan, kebudayaan dan pendidikan. Selain itu juga, Yayasan al-Bukhary hanya membiayai pelajar miskin. Antara inisiatif yang dilakukan adalah membiayai pelajar Muslim miskin dari serata ASEAN supaya belajar di Malaysia.
Projek-projek utama Yayasan al-Bukhary
Antara projek terbesar yang sedang dijalankan adalah pembinaan Kompleks al-Bukhary yang bernilai RM400 juta di Kedah yang dijangka siap pada akhir tahun 2004. Kompleks itu kelak memainkan peranan sebagai kompleks yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti masjid, pusat perubatan, pusat komuniti, rumah anak yatim, akademi khas bagi warga tua dan pusat pengajian tinggi.
Antara projek besar yang disiapkan adalah Muzium Kesenian Islam Malaysia di Kuala Lumpur yang bernilai RM100 juta. Muzium empat tingkat itu adalah muzium pertama di rantau Asia Pasifik yang memaparkan hasil seni Islam. Yayasan al-Bukhary juga membina 12 buah masjid di serata negara.
Sumbangan dalam bidang pendidikan
Pada tahun 2000, Yayasan al-Bukhary mendermakan sejumlah RM7.75 juta kepada Oxford Centre for Islamic Studies, iaitu pusat pengajian Islam yang terkenal di serata dunia. Yayasan al-Bukhary juga kini sedang membantu Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) dalam projek bagi mengasaskan Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) di Sungai Petani, Kedah.
Selain itu, Yayasan al-Bukhary juga sering mengadakan dialog peradaban bagi menggalakkan toleransi dan persefahaman antara masyarakat berbilang agama dan kepercayaan.
Penglibatan Yayasan al-Bukhary dalam projek yang dimulakan oleh bukan Islam juga terserlah. Walaupun Yayasan al-Bukhary lebih menekankan kepada projek kebajikan yang bercirikan Islam, ia tetap menyumbang kepada projek yang dijalankan oleh organisasi bukan Islam. Contohnya, Yayasan al-Bukhary menyumbang sebanyak RM satu juta bagi Projek Langkawi, iaitu projek yang dimulakan oleh MCA bagi mengumpul dana bagi menjalankan projek pendidikan di luar bandar dan juga memberi biasiswa kepada para pelajar yang kurang mampu.
Tan Sri Syed adalah usahawan Bumiputera yang terkaya di Malaysia dengan kekayaan yang bernilai RM1.67 bilion.