Sunday, January 9, 2011

JUTAWAN ANTARABANGSA : CRISTIANO RONALDO....



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

CRISTIANO RONALDO, seorang permain yang pernah mendapat anugerah pemain terbaik dunia yang sekarang bermain untuk pasukan Real Madrid dan pasukan kebangsaan Portugal.

Teringat pulak saya bagaimana kecohnya sukan bola sepak apabila beliau dinilai sebagai pemain termahal dunia semasa Real Madrid membeli beliau daripada pasukan Manchester United. Lantas saya mencari info mengenai pemain kegemaran ramai ini, Bagaimana beliau bermula dan kini mampu menjana pendapatan 6.8Juta Pound setahun.

Beliau dilahirkan di sebuah kepulauan kecil bernama Madeira dibawah jajahan Portugal pada 5 Febuari 1985. Bapanya menamakan beliau sempena nama Ronald Reagen memandang bapa beliau amat meminati kharisma yg ada pada Ronald Reagen. Tanpa menjangkakan anaknya akan menjadi antara pemain bola sepak terhebat dalam sejarah bola sepak dunia memandangkan Kepulaun Madeira yg hanya terkenal dengan pertanian.

Dikepulauan Madeira inilah Ronaldo mengasah bakat beliau dengan bermain bola sepak jalanan. Beliau amat meminati sukan bola sepak dan sememangnya berbakat besar dalam sukan ini. Semasa beliau berusia 12 tahun, bakatnya dikesan oleh seorang pencari bakat memandangkan status sebagai pemain terbaik dari pulau madeira itu.

Beliau diburu oleh kelab Porto dan Boavista tetapi hatinya tetap ingin bermain untuk Sporting Lisbon iaitu kelab yg disokongnya sejak kecil lagi. Beliau perlahan-lahan mengembangkan bakatnya dan berjaya meletakkan namanya dalam kesebelasan utama pasukan Sporting Lisbon pada usia 17 tahun.

Kelab-kelab besar Eropah seperti Juventus dan Liverpool juga menaruh minat keatas Cristiano Ronaldo semasa beliau beraksi untuk pasukan U-17 pasukan Portugal. Permulaan kepada kemuncak kerjaya Ronaldo bermula apabila pasukan Manchester United mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Sporting Lisbon dimana Cristiano Ronaldo memainkan peranan penting keatas kemenangan pasukan Sporting Lisbon keatas pasukan Manchester United 3-1.

Selesai perlawanan tersebut. Kebanyakkan pemain Manchester United yg kagum dengan kehebatan ROnaldo merayu kepada Alex Ferguson utk membeli ROnaldo dan Alex Ferguson membeli Ronaldo dengan harga 12.24Million Pound. Status sebagai pemain remaja termahalk di Britain tidak memberikan tekanan kepada beliau, dan bersama Alex Ferguson, beliau berjaya mengembangkan bakat beliau sehingga menjadi pemain terbaik dunia.

Beliau kemudiannya disunting oleh kelab ternama Sepanyol Real Madrid sebagai pemain termahal dunia. Kehebatan beliau dipadang juga mengundang penajaan produk yg mengambil beliau menjadi duta produk seperti Nike,Castrol,Clear dan lain lain lagi.

Cristiano Ronaldo membuktikan untuk menjadi seseorang yg terhebat, anda tidak perlu lahir dalam golongan keluarga yg hebat. Lihat seperti ROnaldo, seorang anak petani dari kepulauan kecil mampu menjad pemain terhebat dunia dengan pendapatan jutaan Pound setahun. Jangan lupa menyaksikan kelibat beliau di Piala DUnia nanti ya!

Salam Jutawan dari saya

Saturday, January 8, 2011

JUTAWAN ANTARABANGSA: Soichiro Honda....bermula dari impian..kepada realiti Empayar permotoran..



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Soichiro Honda adalah nama pencipta jenama unggul dalam industri permotoran ini. Membaca biografi beliau amat menyentuh hati saya. Salah satu temubual yang pernah saya baca, beliau mengatakan segalanya bermula daripada sebuah impian dan sejuta persoalan. Beliau masih ingat betapa naif dan mentahnya beliau semasa melihat kenderaan pertama dalam hidupnya. Beliau mengejar kenderaan tersebut semahu mungkin. Sehingga terlalu letih dan melutut beliau masih memikirkan, bagaimana kenderaan itu boleh bergerak dengan kuasa sendiri.

Impian dan semangat ingin tahu telah mengubah hidup beliau. Soichiro Honda dilahirkan bukan dalam sebuah keluarga yg kaya raya. Bapanya hanyalah seorang tukang besi yg membuat kerja-kerja kimpalan dan ibunya pula seorang penenun kain. Dilahirkan pada 17 November 1906, beliau mempunyai minat yg tinggi terhadap teknologi moden. Beliau sering diejek sebagai "si hidung hitam" kerana sering kesekolah dalam keadaan comot kerana membantu ayahnya membuat kerja. Bakatnya dalam bidang penciptaan dapat dilihat sejak kecil kerana beliau telah membuat permainannya sendiri dan kerap mengikut datonya ke sebuah kuari utk menyaksikan bagaimana mesin disana berfungsi.

Pengalaman bekerja di auto shop di Tokyo benar-benar mengubah hidup beliau. Bermula dari bawah, beliau berjaya menjadi mekanik termuda dan mula bekerja dengan pasukan lumba Art daimler. Pada usia 17tahun, beliau berjaya membawa pasukan itu memenangi "Chairman's Trophy". Berkat pengalaman, tertubuhnya Honda Motor Co. Ltd pada September 1948. Bersama rakannya Takeo Fujisawa, beliau mengeluarkan produk pertamanya iaitu sebuah motosikal bernama "Dream" iaitu motosikal 2 strok dengan 98cc. Bagaimanapun, produk ini gagal dipasaran.

Honda bukanlah seorang yg mudah mengalah, beliau membuat kajian terperinci tentang kehendak pasaran dan produk yg dapat memenuhi kehendak semasa, lantas terciptalah honda cup 50cc. Honda cup 50cc ini adalah permulaan kejayaan mereka kerana permintaan yg tinggi dipasaran. Ia terkenal diJepun dan juga peringkat antarabangsa.

Honda meluaskan empayarnya ke USA dengan membuka cawangan pertama di Los Angeles pada 1959 walaupun hanya dengan 6 pekerja sahaja. Bermula tahun 1963, Honda merupakan pengeluar motor terbesar di amerika syarikat dengan kadar pengeluaran 100,000 motor sebulan. Sehingga penghujung 80an. Honda masih mengekalkan 60% penguasaan dalam industri penjualan motorsikal.

Kini, teknologi Honda telah merantau jauh keseluruh dunia. Pelbagai teknologi automotif dikembang sehingga merangkumi teknologi robotik. Bermula dari satu visi lelaki hebat bernama Soichiro Honda. Empayarnya bakal menjadi lagenda seribu tahun lagi.

Salam Jutawan dari saya.

Wednesday, January 5, 2011

JUTAWAN MALAYSIA : Jutawan penternak RUSA.. Mohamad Akbar




Rusa lubuk emas Mohamad
Oleh MOHD AZAM SHAH YAACOB
mohdazam@hmetro.com.my
2010/02/28

DENGAN mengenakan jeans dan kemeja lusuh di samping topi ala koboi yang tidak pernah lekang di kepalanya, Mohamed Akbar, 50, pastinya kelihatan seperti lelaki biasa di kalangan individu yang baru pertama kali terserempak atau bersua dengannya.
Namun, siapa sangka di sebalik penampilan biasa lelaki ini yang mudah mesra dengan sesiapa saja, dia yang lebih dikenali dengan panggilan Haji Mat antara penternak rusa bertaraf jutawan.

Boleh dikatakan, projek ternakan diusahakannya antara projek Bumiputera paling besar dan berjaya di negara ini.

Mohamad yang juga pemilik D'Paradise Deer Valley and Exotic Farm (D'Paradise) di Bukit Beruntung, Selangor berkata, penampilannya memang sebati dengan dirinya yang dibesarkan dalam kehidupan susah.

Ini terutama apabila mengenangkan kembali saat kecil bersama ibu bapa yang melakukan kerja pertanian dan memelihara lembu sebagai punca pendapatan.

Selepas menamatkan pelajaran di tingkatan lima, Mohamed mula belajar berdikari dengan bekerja sebagai tukang kasut.

"Jika iimbas semula kisah hidup ini, saya memang bukan berasal daripada keluarga senang, malah pendidikan yang saya terima juga tidak sampai ke menara gading.

"Sejak tamat persekolahan, pekerjaan pertama yang saya lakukan sendiri ialah menjadi tukang kasut dan faham-faham sajalah, hasil daripada kerja itu tidaklah lumayan," katanya.

Menceritakan bagaimana dia boleh berkecimpung dalam bidang penternakan rusa yang pastinya asing bagi rakyat di negara ini, Mohamad berkata, segala-galanya bermula 10 tahun lalu apabila dia mula membeli sebanyak 20 rusa baka Timorensis yang diimport dari Australia.

Pada waktu itu dia sudah empat tahun menjalankan penternakan lembu dan kambing sebaik berhijrah ke Kuala Lumpur pada 1996.

Namun, Mohamed mendapati ternakan rusa yang baru cuba disertainya pada waktu itu menunjukkan peningkatan lebih memberangsangkan berbanding ternakan lembu dan kambing yang lebih rumit untuk diuruskan.

"Ketika saya berjinak-jinak dalam ternakan lembu dan kambing, memang boleh dikatakan ternakan yang saya usahakan itu berjaya, tetapi yang membuatkan saya berubah fikiran dan beralih kepada ternakan rusa adalah selepas mendapati rusa yang saya baru beli itu tidak memerlukan perbelanjaan besar.

"Penternakan rusa mampu menghasilkan kadar pulangan lebih cepat tanpa perlu menjual dagingnya seperti lembu atau kambing," kata Mohamed.

Membuatkan dia lebih tertarik mengenai rusa adalah kerana tempoh matang haiwan berkenaan lebih cepat berbanding ternakan lain iaitu hanya dalam masa 18 bulan.

Katanya, dalam tempoh itu rusa betina mampu bunting manakala rusa jantan pula mula mengeluarkan tanduk atau lebih dikenali sebagai velvet, sekali gus membantu pengeluaran hasilnya.

"Ini yang ramai orang tidak tahu mengenai rusa. Kebanyakan orang menganggap rusa sebagai liar dan sukar diternak, tetapi haiwan ini sebenarnya lebih jinak dan sangat sukar mengamuk berbanding lembu atau kambing.

"Lebih istimewa lagi, tanduk yang tumbuh pada rusa jantan boleh dibuat ubat dan jika dijual, harganya saja boleh mencecah hingga RM1,000 sekilogram tanpa perlu mengorbankan rusa berkenaan," katanya.

Selepas tujuh tahun melihat potensi ternakan itu, Mohamed nekad menjual semua ternakan lembu serta kambing yang diusahakannya dan beralih terus kepada penternakan rusa tanpa mahu menoleh ke belakang.

Sehingga kini dia mampu tersenyum bangga apabila baka rusa Timorensis yang dulunya berjumlah 20 ekor kini bertambah sehingga 1,500 ekor membabitkan 600 ekor induk betina dan 300 induk jantan.

Sementara itu, bakinya membabitkan 300 anak rusa Timorensis jantan dan 300 betina.

Selain baka itu, Mohamed mempunyai empat baka rusa berlainan membabitkan baka rusa tempatan dikenali sebagai Sambar sebanyak 70 ekor, Axis-axis iaitu baka rusa dari India, serta dua baka rusa dari Amerika Syarikat iaitu Fellow dan Nilgai

Dengan jumlah rusa melebihi 1,500 ekor, dia berkata, kadar pulangan daripada tanduk rusa yang dijual, termasuk daging, mampu mencecah hingga RM500,000 setahun.

Mohamed berkata, semua bahagian rusa sememangnya boleh menjadi sumber pendapatan utama bagi penternak haiwan berkenaan. Selain tanduknya yang berharga, kulit serta tengkoraknya mempunyai nilai di pasaran.

"Dagingnya kalau dijual kebiasaannya mencecah hingga RM80 sekilogram, manakala kulitnya pula mencecah hingga RM500 sekilogram. Tengkorak kepalanya berharga kerana ia selalu dijual dengan kadar harga RM800 setiap satu sebagai perhiasan," katanya.

Menurutnya, faktor kawasan menjadikan rusa mudah diternak serta dibiakkan berikutan tidak memerlukan kawasan besar.

Katanya, haiwan berkenaan boleh dibiakkan cukup sekadar dengan meletakkannya di kawasan untuk memudahkan bergerak, sekali gus menyenangkan kerja memberi makanan.